24 October 2014

Percutian ke negeri Terengganu darul Iman dan Pulau Redang Part 1

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada semua . Dah lama rasanya blog ni tidak di update.. Dah berhabuk pon agaknya. Tak plan pon nak update tapi disebabkan nak share dan leh kenang semula kenangan jejalan ke Terengganu , so terupdate lah kiranya ni..Hahahaha... So , lets the story begin..

Just want to share , seminggu lepas pada 16 - 20 hb Oktober 2014 bawa mak jejalan ke Terengganu. Dia selalu cite nak sangat jejalan sana so masa bulan 5, waktu tu malam buta , dok gatal tangan scroll page Air Asia.. Tup tup tgk tiket flight buat promotion. So, main bedal jela beli.. Rm120 untuk 2 orang pergi dan balik.. Kira murah la tu kan??? Nak g Terengganu naik bas memang boleh je tapi sebab taw mak dah berusia, so xnak amik masa perjalanan yang lama. Masa pon cuma 55 minit je dari KLIA 2 ke Lapangan terbang Kuala Terengganu..

If ada sesapa yang nak g Terengganu ni, korang boleh amik flight , drive sendiri atau naik bas. Hotel yang memang dekat sangat dengan stesen bas KT adalah Hotel Citipoint. Memang budjet hotel tapi selesa.

16 OKTOBER 2014

Sampai je kat airport around pukul 1.00 petang , Tirah pon amik teksi nak ke hotel yang telah dibooking. Teksi RM 30.00 satu teksi dari lapangan terbang ke hotel. Hotel murah je sebab aim nak rest jer. Hotel Citipoint Kuala Terengganu.. Harga RM69.00 semalam.. Bilik oklah. Bersih tapi agak kecil jela.. Korang boleh klik kat link hotel tu if nak tahu hotel tu macam mana.. Btw, hotel ni xda lif. Jadi barang sila jgn bawa banyak sangat. Nak angkat seksa wei..hohoho..

So, sampai hotel,  rehat dan petang jejalan ke Pasar Payang.. Tempat yang femes kat Kuala Terengganu.. 



17 OKTOBER 2014

Esoknya tourist guide yang aku ambil iaitu Zaki Travel Sdn Bhd datang jemput untuk ke jeti.. If sesapa yang berminat korang boleh try contact Sis Imah pengurus Zaki Travel ni merangkap isteri En Zaki ni di talian 019 9567546.. Orangnya memang ramah. If nak tour ke mana-mana leh deal. 


Gambar atas ni gambar mak sebelum naik feri yang memabukkan selama 1 jam 30 minit .. Kalau x amik pakej RM 55.00 sehala. Tirah cadangkan amik pakej 3 hari 2 malam. Lagi jimat.. Sila bersedia dengan benda masam or earphone sebab kalau laut bergelombang, memang kompem akan mabuk. Dah naik feri, kemudian naik benda bawah ni pula. Tirah x tahu nak panggil apa benda ni. hehehe..Naik benda bawah ni x mabuk sangat sebab fresh air kot..



Sampai je terus check in katt REDANG HOLIDAY RESORT dan berehat dulu sebab mabuk x kurang -kurang . Masa check in terkejut sebab resort ni xda tv dalam bilik. Waaa x pernah lagi pergi bercuti dok hotel ke chalet, xda tv dalam bilik. Masa tu dah start rasa bosan. Tapi bilik besar . katil Queen size ada 2 dan ada aircond.. 



Petang terus turun untuk snorkelling. Ni masa yang Tirah sangat takut sebab salah satu kelemahan Tirah adalah dengan air. Berdebar sangat jantung weiiii.. So, masa ambik peralatan snorkeling awal-awal dah mention dengan orang tu yang Tirah ni x reti berenang. So , dorang kata xpe..


Tengok muka yakin gila kan padahal jantung dah berdebar . Ni sebelum bersnorkeling ..Muka leh senyum bahagia lagi.. Masa pergi ni petang dan akan pergi ke OPEN SEA. Ikut pakej akan ada 3 sesi iaitu petang hari sampai, esok pagi ye dan satu lagi esok petang yer. Lusa dah hari untuk balik. 





so ni la hasilnya ..continue ke hari kedua kat Pulau Redang pula..


18 OKTOBER 2014

Pagi tu sarapan dulu.. Rileks tenangkan diri sebab dah yakin sikit. Tu pon sebab ada orang tolong tengokkan. Kepada sesiapa x pandai berenang macam Tirah , jangan risau sebab ada orang yang akan ajar sikit sikit. Seriusly, x sangka dapat juga bersnorkelling even jantung rasa nak terhenti. hihih




 Kali ni sesi pagi , kami dibawa ke Marine Park. Pulau yang terletak sebiji kat tengah tengah. Pulau tu memang mabelles cantik,,, Ada tempat penyu bertelur lagi tapi x dapat tengok pula penyu tu .. Penyu xnak keluar pula..





Sesi petang pon lebih kurang sama lah.. .Tempat yang sama. Memula g OPEN SEA then ramai x berani. Sebab kalau open sea, dia akan berhenti bot tengah tengah laut dan suruh kite turun. Memang ramai la x berani even peralatan semua dah lengkap. Gaya dia cakap macam suruh bunuh diri terjun ke dalam air pula..perumpaan jelah yep..




19 OKTOBER 2014.

Hari ni dah hari terakhir. Sedih juga sebab rasa nak duduk lagi dan bersnorkeling even x pandai pon..
Mak kata dah xmaw datang sebab dia memang x snorkeling pon. Maklumlah mana tumpahnya ketakutan yang Tirah ada kalau bukan dari emak ye..hihih


 dekat lobi resort pagi selepas sarapan


Gambar Redang Holiday di kejauhan


resort tengah naik taraf. Dorang nak buat swimming pool pula..


Feri start bergerak dah. Tata kenangan di sini.Start rasa sebak dah time ni..


Mak muka happy sebab akhirnya dapat keluar dari Pulau Redang ni..

 So, pengakhiran cerita cinta Tirah dengan Pulau Redang tamatlah sudah. sambung dekat bahagian 2 pula ye.. tentang g jejalan kat sekitar terengganu pula...Sebelum habis part 1, meh tengok video kat dasar Pulau Redang..









0 comments:

Post a Comment