7 December 2011

Setelah berkurun berabad

Salam sejahtera kepada semua pembaca..

Aiyo..dah berkurun lama kan aku x update sejak exam dulu~.. Erm egatkan berblogging nie best dan mudah tapi rupanya payah kot nak maintain...
Buat blog nie pon rasanya sebab terikut2 trend remaja zaman kini kot..erm antara blog femes yang pernah buat aku teruja nak ikut berblog nie blog si Irene Nadia..erm rasanya korang yang baca entri aku nie mesti kenal kot dia nie. Saja tak mau letak link blog dia..Nanti meramaikan orang lak g jenguk blog dia nie.. Tapi pe2 pon memg salute kat minah nie. Korang nak taw kenapa x? Coz muda2 lgi dah rajin buat blog. Dahlah ramai follower..Wah camna la dia maintain menulis utk sekian lama tu...!! Curious aku~


Ha ada gak seorg member aku. Sama sekolah menengah.. Sara Hanapi nama dia.. Dia nie pon rajin berbloging..Tapi rajin2 dia pon, study pon Terbaik taw.. Dok sibuk study amik jurusan doktor kat Olomuc University ( erk..betul ker x erk nama u nie~~.. ). Kuat on9 memanjg kot budak nie..Lau on9, fuh xyah ckap la.. Tapi tu kat zaman sekolah menegah la..Sekarang dia dok jauh, xdapat aku tgk lagi laa...Pe2 pon Tahniah ler kat awak Cik Sara oii..Dapat maintain blogging tanpa menjejaskan pelajaran.. (Cik Sara lau baca jgn nak dk sengih kambing lah dgn pujian melangit nie... )


Perh penat promote blog org..Sekarang aku nak citer perkembgn terkini aku la.. Alhamdulillah semester nie aku dapat lepas dgn jayanya..YEs~~@!@!!! Lepas2 gk tapi agak keciwa kerana kecundang mendapat pointer yg tinggi.. Setakat 3 pointer lebih sikit jer kot.. Memg lah kat tempat belajar aku nie lau dapt pointer 2 lebih pon ok jerk coz kami kompem dijanjikan dpt tmpat keja pas hbis belajar tapi aku still x puas hati.. Pas ni nak kena gigih la kat sem 5 dan sem 6 utk tgkatkan pointer aku tu.. Tapi pointer kat sem tu banyak bergntung time aku kat practical's site nanti..Hopefully oklah kan?? 


Praktikal semester depan lak aku dgn bagusnya dicampakkan kena prktikal kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.. Actually ,apply kat Hospital Permai tapi ada sikit masalah menyebabkan lecturer aku letak nama kau kat hospital tu.. Wah ~~! 1st bila dapat taw, memg teruja..Kedah tu~ Jauh !! Dapat aku jejalan..hahaah.. Tapi time aku suka tu aku x sdar diri g yang aku bakal mengalami kepayahan mencari rumah@bilik sewa kat kawasan sana..Fulamak memg TERBAIK..betul2 Ho Liaw~ 
Pening pikir sekarang nie mana nak dok nanti.. Habislah fulus aku nanti utk bayar sewa segala macam tu~ Aigoo~~..Takpe kena bertahan 2 bulan jerk.. Pastu 2 bulan lagi aku kena bersusah payah meredah arus keributan merebut tmpat duduk dalam bas setiap hari utk g ke Hospital Kuala Lumpur lak bersama2 dgn kos lain yang melambak2.. Memg nasib la.. Padan muka sapa suruh minta area KL.. 


Apa2 pon sekarang tgh cuti sem bg relaks dulu otak. Pasni nak kena berhempas pulas memerah idea mengingat setiap fakta penyakit lak.. Duduk rumah nie pona ku amik keja part time. Lau dok saja memg bosan la.. Xkan tiap hari nak gadap laptop jerk..Mampuih nanti bil melambung2. Lain la lau kat asrama.. Kerajaan support.. Hahaha... Rugi kot kerajaan hired aku as pelatih.. Mebazirkan duit kerajaan lak kan? Eh eh sorry sikit.. SEkurg2 nya i try my best each semester and my practical to make the best effort in order to ensure all patient get their correct tx... ( hah amik kaw.. Kluor da omputih .. Nak challenge doc to be yg blaja kat over c tu )


Oklah penat dah menaip. Macam terpanjang lak bebelan aku kali nie kan? Sabo jela.. Nak sambung wat keja part time lak nie.. Jumpa lgi di lain entri.. Teruskan membaca info2 terkini..







25 September 2011

EXAM MELANDA

SALAM

Erm diam x diam sudah sampai setengah semester saya untuk sem 4 pada tahun ini. Esok memang hari penentuan la utk semua ahli2 kelas saya, Jurupulih Perubatan Carakerja Semester 4 KSKB Sungai Buloh.
Sem ni memg betul2 mencabar tahap ' high cognitive level' la..

Mungkin ramai juga orang2 kat luar sana (termasuklah member2 sya dan juga 'doc to be') yang tak tahu dan juga x pernah dengar pon tentg nama kos yg saya amik nie.meh saya cerita sikit la..

Jurupulih Perubatan Carakerja @ Occupational Therapy (OT)

- memberi rawatan kepada pesakit dengan mengunakan aktiviti bertujuan sebg media rawatan.


Dalam konteks ayat yang senang nk diberitahu, OT ini merupakan pembantu perubatan. After doctor dah diagnose patient,patient akan pergi merujuk kat kami lak untuk merawat penyakit2 dorg.Tapi x semua la..Certain patient jerk..

Antara kerja OT ini ialah :

1) membuat splinting
- dia macam simen gak..Simen yang patient yang patah2 pakai tu~~
- kegunaan dia ialah memberi kawasan yang mengalami masalah tu utk rehat dan tidak memberi tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut supaya cepat sembuh.

SPLINT

2) menjahit Pressure Garment @Pakaian Tekanan Cerunan
- pakaian ini ada 6 kategori (yg sya belajar la) iaitu stokin kaki,topeng muka, baju, seluar, sarung tgn, dan lengan.
- pakaian ini khas kepada pesakit yang mengalami burn seperti terkena air panas,melcur kerana kebakaran dan sbgnya.
- ia berfungsi utk mencantikkan parut akibat daripada luka2 tu, kurgkan rasa gatal2 pada bahagian tersebut.

PRESSURE GARMENT - SARUNG TANGAN


3) merawat semua golongan iaitu bayi/kanak, orang dewasa, remaja, pesakit mental  dan orang2 tua.
- tidak semua yang hidup di muka bumi ini normal jd kami akan merawat mereka yang mengalami masalah.
- contohnya untuk kanak2 mgkin ada yg mengalami penyakit2 seperti :
  • down syndrome
  • cerebral palsy
  • duchenne muscular dystrophy
  • spina bifida
  • hydrocephalus
  • preterm baby
  • learning disabilities
  • autism 
  • ADHD
- untuk pesakit org dewasa lak mgkin ada yg mengalami masalah
  • depression
  • anxiety disorder
  • somatoform disorder
  • mood disorder
  • sexual and gender identity disorder
  • substance-related disorder
- utk pesakit mental pula mgkin ada yg didiagnose kan mempunyai sndrom2 :
  • schizophrenia
  • bipolar
  • manic
Kalau nak diceritakan memg panjang lebar la but to all person kat luar sana tu terutamanya para doktor2 yang masih tidak mengenali kami ini,rajin2 la men'google' internet tu...

Btw, jgn tersalah dgn menyamakan kami dgn Jrupulih Perubatan Anggota @ Physiotherapy pula..
Lain bidang kerja kami taw..

:: sebarang pertanyaan ttg kos saya ini amat dialu2kan..


5 August 2011

Sesi amali gila-gila

Salam sejahtera kepada semua...
yeay,dapat gak aku wat entri lagi..uish bukan senang juga kan nak jaga blog lebih2 lgi aku nie x expert macam blogger tua nie sara..ahaha..
cik sara jgn marah yep~
pose x baik taw marah2x..

kali nie aku nak cter lak masa2 enjoy aku masa sesi amali sem nie..memg power la..salute gler gan lecturer yg sgt sporting..erm jom tgk sikit sedutan2 pengambaran kami ni~
video
 hah nie la xtvt kami..best!
nie semua adalah amali tok topik sensory integration..tok rawatan bagi pesakit kanak2 yg mengalami masalh utk keseimbgn ker,kawalan badan dan kepala,geli tok sentuh benda2 kat sekeliling ker dan byk g..lau korg nk taw,cari sendiri la kat u tube,,..huhuh...

ok itu rakaman video di set pengmbran..skunk jom kita terjah pelakon2 yg terlibat dalam pengmbran kali nie..
memperkenalkan~ ~
tadaaa...

1
2
3
4
5
 ok pandai anda mengira~ dulu skula mana erk?hahah


 hah nielah buaian istimewa..nama ia hammock..erm sebutan gtu la..ejaan x pasti..
nie khas tok pt kanak2 yg gayat biasanya..kami as OT akan ajar teknik spya dia x gayat lgi la..



yg nie la namanya obstacle challenging activity..
permainan nie direka sendiri oleh member2 laki kelas aku..perh dorg memg kreatif la..
Tahniah2x..Anda layak jd terapis~

ada banyak lg game tpi aku agak malas nk masukkan lgi..eleh korg pon macam bosan jerk baca..kan kan kan??

tpi b4 aku hbis cter sesi amali nie aku nk tunjuk muka lecturer aku yg sgt sportg nie.hah muka dia memg cun oo..
memperkenalkan~

Miss Laila Shafitri..

arrrr..enough2x...aku pon dah ngantuk nie..kita jumpa lgi la..hah wat member2 yg kenal aku nie,harap korg sudi komen dan guide aku tok improve blog aku nie..aku masih blaja nk cntikkan blog...

tolong ok??

di kesempatan ini saya nak ucapkan 

Selamat Bersahur dan Berbuka Puasa!
adios~~

4 August 2011

KESILAPAN MUSLIM DALAM BULAN RAMADHAN

                                        SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA~

alhamdulillah diam x diam sudah masuk hari ke-4 kita sedang menunaikan ibadah berpuasa dan juga sudah berkurun saya tidak sempat membuat entri terbaru.maklumlah naik sem baru makin banyak benda kena buat..erm setakat dah puasa 3 hari nie macam mana kita menjadikan puasa kita tu mendpt lebih keberkatan dari Allah SWT..?
tepuk dada tanya sendiri~

ok soalan tu sendiri jawablah kan?saya x mampu nk tolong..huhuh~
saya nk cerita sikit la benda yang saya baca dari blog sesorg iaitu en zaharuddin.nak taw apa yg saya baca?hah ada kat bawah ni,,baca sendiri la..boleh kan??kan?kan?

memang bulan puasa nie kebykan umat Islam berpuasa walaupun ada segelintir yang xtaw malu ni x puasa..tpi bg yg puasa tu kan termasuklah saya adakah kita rasa puasa kita nie dah cukup 'perfect'?mungkin kita ada terlepas pndg beberapa perkara yg menyebabkan pose kiter nie kurg sempurna..antara benda yg menyebabkan kekurgn pada puasa kita2x nie ialah 


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.



8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

erm jadi mana yg kita rasa kita ada buat kalau boleh xyah buat la..tpi lau payah gat,kurgkan jerk dulu..Islam ini mudah jd jgn kita menjdikan yer complicated..wah english gtu..
sekian sahaja la pengisian cereka dari saya..moga ada bg manfaat kat korg2 nie...malam pon da makin 'tua'..selamat bersahur kepada semua

30 May 2011

Sejarah keluargaku...

Assalamualaikum kepada semua pembaca..
erm ops2 kejap!!!
Dah jawab salam ke belum nie??
Jawablah dulu..Dosa taw lau x jawab...heheeh..

Erm saya nie baru jer bergelumang gan blogging blogging ke benda nie...jadi xdalah expert gat..Ni pon punyalah berjam2 amik masa nak selongkar pasal blog2 nie..erm apa pendapat anda erk??cer citer and bagi komen sket...

kali nie saya cter ttg family saya yang tercyunk dulu ler..hehehe..
saya anak ke-4 dari 5..ops bukan bongsu ok??suka sangat orang teka saya nie ank bongsu..x main la beb..I'm independent girl la ok??awat??x caya ker??dah2 caya x caya belakang kiro ok??bermulalah alkisah kerajaan empayar Puteri ni....

my brother.....



first dalam keluarga saya my only one bro..nickname dia Fikri..erm hensem org yer kan??..tpi xleh gorat..coz dia dah kawin la...nama bini dia Jannah.masih blaja lagi di UIA Gombak tahun akhir...comel org yer dan sekarang gah mengandung..due date bulan 7 ni..eh jup2...atas td bkan gmbo dia taw...tpi ada gaya sikit kan?




dari segi apa yg sama???ok bandingkan..




dpt x teka??..
ek eleh...apalah..ok lu pikirlah sendiri..

jap2 ni makwe @ isteri dia..


Anak kedua pula kami panggil Aina..eh dia nie la nama paling panjang dalam keluarga kami taw iaitu NUR AL-AINA MARDHIAH...fulamak..jenuh den nak taip oooo...dia seorg nurse kat Hospital Muar..nk kenal ker???ok2 leh isi borang dulu...


:: erm mksud 2 jari tu adalah hantaran dia 2 ribu pon kire setel..dia x kesa.. 

Next


Bachelor in Korean Artist


Yang atas saya lak nama dia Atifah..erm mulia pekerjaan dia taw..ngajo dak2 kecik2 nie agama...sekolah dia depan kubur..seram~ ~ hahahaa....dia sempoi jer...tpi giler korea nie..semua menda banyak dia taw...Bachelor in Korean Artist..huhu..jgn marah ya my dear sis..uhukz...


ehem2 yang ke-4 of coz la ana yang kecoh sekali..hahaha.
tpi lau dok gan org x kenal memg mati kutu la...
kutu terkejut..
kena epilepsy..
hahaha..
lau member kamceng tawlah perangai sebenar camner.
erm saya gak suka tgk negeri org..
well independent girl la..
sejak ting satu pon dah sekola jauh dari keluarga..
erm tpi best ooo....

ops sorie..gmbo xda...
kerana 'dia' x mahu tunjuk muka lagi..



ok last dalam keluarga saya ialah Asilah..dak ting 5 kat Sekolah Bandar Maharani Muo..nak amik exam tahun nie..erm ganer rupanya??nk tgk...ok jom kiter take 5 jap...jgn lama2 taw...bahaya!!!


tadaa~~~



Bachelor in Pokok Bunga Kertas