25 September 2011

EXAM MELANDA

SALAM

Erm diam x diam sudah sampai setengah semester saya untuk sem 4 pada tahun ini. Esok memang hari penentuan la utk semua ahli2 kelas saya, Jurupulih Perubatan Carakerja Semester 4 KSKB Sungai Buloh.
Sem ni memg betul2 mencabar tahap ' high cognitive level' la..

Mungkin ramai juga orang2 kat luar sana (termasuklah member2 sya dan juga 'doc to be') yang tak tahu dan juga x pernah dengar pon tentg nama kos yg saya amik nie.meh saya cerita sikit la..

Jurupulih Perubatan Carakerja @ Occupational Therapy (OT)

- memberi rawatan kepada pesakit dengan mengunakan aktiviti bertujuan sebg media rawatan.


Dalam konteks ayat yang senang nk diberitahu, OT ini merupakan pembantu perubatan. After doctor dah diagnose patient,patient akan pergi merujuk kat kami lak untuk merawat penyakit2 dorg.Tapi x semua la..Certain patient jerk..

Antara kerja OT ini ialah :

1) membuat splinting
- dia macam simen gak..Simen yang patient yang patah2 pakai tu~~
- kegunaan dia ialah memberi kawasan yang mengalami masalah tu utk rehat dan tidak memberi tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut supaya cepat sembuh.

SPLINT

2) menjahit Pressure Garment @Pakaian Tekanan Cerunan
- pakaian ini ada 6 kategori (yg sya belajar la) iaitu stokin kaki,topeng muka, baju, seluar, sarung tgn, dan lengan.
- pakaian ini khas kepada pesakit yang mengalami burn seperti terkena air panas,melcur kerana kebakaran dan sbgnya.
- ia berfungsi utk mencantikkan parut akibat daripada luka2 tu, kurgkan rasa gatal2 pada bahagian tersebut.

PRESSURE GARMENT - SARUNG TANGAN


3) merawat semua golongan iaitu bayi/kanak, orang dewasa, remaja, pesakit mental  dan orang2 tua.
- tidak semua yang hidup di muka bumi ini normal jd kami akan merawat mereka yang mengalami masalah.
- contohnya untuk kanak2 mgkin ada yg mengalami penyakit2 seperti :
  • down syndrome
  • cerebral palsy
  • duchenne muscular dystrophy
  • spina bifida
  • hydrocephalus
  • preterm baby
  • learning disabilities
  • autism 
  • ADHD
- untuk pesakit org dewasa lak mgkin ada yg mengalami masalah
  • depression
  • anxiety disorder
  • somatoform disorder
  • mood disorder
  • sexual and gender identity disorder
  • substance-related disorder
- utk pesakit mental pula mgkin ada yg didiagnose kan mempunyai sndrom2 :
  • schizophrenia
  • bipolar
  • manic
Kalau nak diceritakan memg panjang lebar la but to all person kat luar sana tu terutamanya para doktor2 yang masih tidak mengenali kami ini,rajin2 la men'google' internet tu...

Btw, jgn tersalah dgn menyamakan kami dgn Jrupulih Perubatan Anggota @ Physiotherapy pula..
Lain bidang kerja kami taw..

:: sebarang pertanyaan ttg kos saya ini amat dialu2kan..