23 January 2012

Imaginasi Terlampau

Salam sejahtera..

Di saat saya tulis pasal entri ni , saya dah pon tercampak kat negeri Kedah Darul Aman..waa..jauh taw merantau.Dari selatan ke Utara..Buat apa saya kat Kedah? Hah teka2 la...

Melancong ????
tet!! salah~!..

Pergi uma kawan ???
tet !!! salah lagi..

Kan da cakap b4 ni, saya kena campak utk prktikal la...praktikal di bahagian psikiatri..Okey bukan org gila ok..Tapi pesakit mental.. Lau sebut org gile tu mcam teruk sgt jer bunyinya.

Sekarang dah masuk minggu ke-2..Nak cerita sikit la pengalaman bersama pesakit2 mental ni..

1 st day bila sampai jerk kat department, terkejut..~!
Kenapa??cuba teka la...

rupa-rupanya ada 4 lagi pelajar UiTM yg akan berprktikal bersama kami..Masa tu dah start risau sebab bilangan pesakit yg sedikit menyusahkan untuk memilih pesakit yang sesuai untuk dibuat sebagai case study yang perlu dibentangkan pada minggu hadapan di hadapan terapis2..

Bila dah pukul 8 lebih sikit , start la pesakit datang ke unit Pemulihan Carakerja..Budak2 UiTM x pernah lagi deal dengan patient psy, jd dorang agak takut dan menjauhkan diri..

Dlam banyak2 pesakit, ada la seorang pesakit ini. datang punyalah ramah.Tegur dan berjabat tangan dengan kakitangan lelaki yang ada di situ..Pastu sibuk lak nyanyi2x dengan suara yang kuat sehingga kedengaran satu tempat kami tu..Nama dia saya gelar pak cik A jela..senang nak rujuk~

Pak Cik A nie..komunikasi dengan orang memang ok la bila saya perhatikan  tapi dalam ok2 dia ni ada juga yang x ok..Dia ckap benda yang x patut cakap..tettt!! SENSOR!! Itulah peranan saya sebagai Jurupulih Carakerja untuk memastikan fikiran pesakit dalam keadaan terkwal.. Tapi benda2 gtu, boleh lak dorg terpikir kan?*ni mesti yang berlegar2 kat fikiran korg kan? Actually, FYI , pesakit psikiatri biasanya akan mempunyai high libido (nafsu) jadi bila kite nak berhadapan atau berbual dengan pesakit yang ada sejarah mental, pastikan yang perempuan x memegang tangan lelaki dan sebaliknya * lgpon dalam Islam pon memg x leh kan~! HARAM!!!
Kiranya jaga batas pergaulan sesama kita la..

Untuk kita kawal pesakit macam ni , kite kena bertindak tegas dengan dia.Kalau tidak ,patient x putus2 membuat kecoh dan berkata perkara yang tidak sepatutnya. Jangan dilayan imaginasi mereka itu..Tapi dalam kite bertindak , jangan lupa yang kita berhadapan dengan pedakit OKU (mental). Berdosa sekiranya sampai kita menganiayai mereka. INGAT!!!

Seterusnya pesakit yang berlainan pula yang digelar En N. Muda lagi. Lebih kurang 20 ++ atau 30 ++..
Pesakit ini merupakan pesakit bipolar mood disorder iaitu mempunyai mood yang tidak tetap dan berubah2.
Pesakit ini mengaku dirinya merupakan wali Tuhan dan mempunyai kekuasaan ajaib. Lau ikut term medikal, kite panggil delusion of grandeur..Lau nak taw, maksud yer, patient merasa dirinya hebat dan mempunyai kelebihan2 yang berlainan dari kita. Namun begitu, pesakit ini mudah memberikan kerjasama apabila diajukan soalan oleh para doktor dan pelatih. Mengikut sejarah yang dinyatakan doktor, pesakit dimasukkan ke dalam wad kerana 2 3 hari sebelum dimasukkan , pesakit memakai jubah beserta serban dan kelihatan berlegar2 di hadapan unit rawatan carakerja. Doktor mengatakan pesakit tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat sebelum dimasukkan

ok cerita tentang pesakit lain, saya sambung lain kali la pula. 
Khas utk pembaca yang ,membaca, jangan lupa untuk mengoogle tentang penyakit bipolar mood disorder dan schizophrenia..itu antara contoh2 kondisi dalam penyakit mental..

Ketemu lagi lain kali ya~
Adios~
wassalam

With Love, 
T-rex '12



12 January 2012

Berdebar tidak keruan

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang rajin nak baca..

Apa cerita korg semua?jom2 kiter update blog yang makin berhabuk nie..
 Hai disebabkan ada member yang tegur pasal blog aku yg makin sunyi nie,aku gagahkan gk la tulis..Tapi aku rasa blogger lain pon mesti penah gk dapat kritikan dari member2 kata yg dorg x mint tulis blog sebab xmaw org lain taw ttg life and kisah peribadi dorg..dulu aku macam tu gk tpi bila pikir2 balik kadang ok gak tulis blog nie.Ia akan jadi macam diari la..nanti kot2 da besar or makin berusia, leh la nt baca2 semula menda cter2 kesa lama2 dulu~Lagi 1, blog nie juga kadang leh jadi tmpat kiter bg nasihat kat org lain la..Tulis la entri pasal keagamaan ker kadang2..sekurg2nya nanti bila kiter da xda, pahala tu masih berterusan sebab org lain dok baca apa yg kite tulis dalam blog dan lau dorg amalkan menda tu, kiter pon dapat pahala dari situ taw..Jadi, pada mereka2 di luar sana, senang cter, ada blog ni ada baik dan buruknya la~..Setiap org ada pndgn sendiri kan?

Berkenaan ttg tajuk entri kali nie..

Tinggal beberapa hari je lagi nak g prktikal kat wad pesakit mental dan bahagian fizikal..Bila dok fikir2 kadang, aku sgt risau la nk g nie..yela, teori dah belajar sem 2 lagi dan sekarang baru nak apply kat patient. Jadi kepada pt2 sekalian, tlg la jgn ada yg wat perangai pelik2..Mampus aku nanti kena dengan terapis..Harapan aku gak moga terapis ok even ada ura2 x baik aku dengar ..*moge2 semua itu tidak benar..

Tahun akhir atau pon digelar gak senior year..wah dgr havoc jer padahal dalam hati nie punya la berdebar..Lagi2 nak kena keja masa usia muda..Dengan skim baru yang minta penjawat awam pencen pada umo 60 tahun lagi..Aish, kesian nanti..Bayangkan , terapis yang tua2 , yg dah ada anak cucu masih sbuk berada di hospital utk bagi rawatan kepada pesakit2..Jangan terapis yang jadi pesakit sudah..Minta dijauhkan la kan?Selain tu , bila nak prktikal ni , automatik otak aku pikir aku akan berjauhan dgn kawan2 dan geng2 aku..Bagi aku, memg akan terasa sgt kehilgn la coz hidup aku memg sentiasa dgn family atau kawan2 jela..tmpat utk luah perasaan . tmpat utk share apa2..tpi bila dah berjauhan nie, erm aku memg akan rasa kehilangan sgt2..sekarang pon da terasa..Bagi mereka ,aku xtawla kan?..Hati dan perasaan org lain2 semuanya...Mgkin dorg x terkesan apa2 atau mgkin sebaliknya~Mungkin x terluah melalui kata2 tapi terluah pada perbuatan...Semoga prktikal kali ni berjalan dengan lancarnya la~

*pada semua, doakan saya dapat melepasi semester kali in dengan jayanya..takut kerana dari awal sem sudah disajikan dengan macam2 menda..


with love..
Nor Athirah Bt Aziz
Bakal Jurupulih Perubatan Carakerja 2013