24 October 2014

Percutian ke negeri Terengganu darul Iman dan Pulau Redang Part 2 .. Ending

 Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. OK post sebelum ni dah cerita serba sikit kan tentang trip ke Terengganu dan Pulau Redang. Ni nak sambung sikit lagi.. 

19 OKTOBER 2014

Alhamdulillah kami check out dari Redang naik feri pada pukul 7.00 pagi dan selamat sampai kat jeti pukul 8.30 pagi. Masa sampai je , tengok tourist guide kak Imah dah menunggu kiteorang. so, dia bawa kami sarapan dulu kat Pasar Pasar. Alhamdulillah perjalanan balik ni Tirah x mabuk. Rahsianya adalah sebab Tirah tidur sepanjang perjalanan .. hahaha.. Memang agak rugi sebab x tgk pemandangan tetapi x sanggup nak hadapi mabuk laut tu.. Mak x tidur tapi dia x berapa mabuk. Dia kata laut x bergelora sangat kali ni..

So, makan kat Pasar Payang memang banyak sangat gerai. sesiapa nak cari makanan orang Terengganu g sini je pon dah cukup. Pilih je nak g kedai mana dan menu apa.. Memang mabeles nasi dagang dan nasi kerabu yang kami makan. Sangat berpuas hati..


Habis makan, Kak Imah nak bawa tour terus tapi Tirah rasa x selesa la pula. Panas kot. So, nak mandi dulu. So, cari la hotel . Patut stay kat Hotel Seri Malaysia tapi Kak Imah dah kol hotel dan dorang kata jam 3 petang baru leh check in. Terus tengok jam. Omai,..... Awal lagi ni.. Baru jam 9. 30 pagi.. So, kak Imah cadang cancel hotel tu dan dia cadang hotel lain. Baru taw. Rupanya kalau kita x bayar duit agi, leh je cancel booking hotel kita.. So, kami pilih hotel lain iaitu Hotel YT Midtown Kuala Terengganu. Tirah recommended gila sapa yang nak keselesaan supaya amik hotel ni. masuk masuk jer, tengok dalam bilik lengkap dah semua barang. Maksud Tirah ialah, iron dah ada, iron board dah ada, peti ais pon ada. Memang lengkap kecuali satu . Nak wifi dalam bilik, tambah duit RM 10. Kalau dulu pernah dok hotel lain,, iron kena minta baru dapat. Tu pon kadang lambat dan kalau x bernasib baik terus dapat lambat. 


 almari sebelah tirah tulah penuh dengan iron, iron board, dan bantal spare.. Ni fefeling retis sikit. Mak jadi photographer. Terpksa la. kalau x nanti Tirah xda gambo pula,,hihih


Petang jam 2, baru kami g jejalan. Start dengan ke tempat batik yang terkenal kat Kuala Terengganu ni. Btw, harga mahal ok kat Noor Arfa Batik tetapi kualiti sangat bagus. If korang xnak beli kat sini, kat Pasar Payang pon banyak orang jual batik dan sutera dengan harga yang lebih murah dan mampu milik..



kami hanya beli sikit je kat sini. jimat duit sebab banyak lagi benda nak kena beli..hihi

Habis kat sini, kami g masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam pula. Nak masuk Masjid Kristal free jer.. Tapi Taman Tamadun Islam RM 20.00 sekepala.. nak naik tram pula tambah lagi RM 5.00.. Bila beli tiket ke Taman Tamadun Islam , korang akan dapat juga voucher makanan RM 2.00 dan voucher kedai cenderahati RM 2.00 juga.. Voucher ni valid hari ni jer. 


masjid di Kuala Terengganu. nama x egt pula..


Antara salah satu model masjid di Taman Tamadun Islam.. replika sahaja..


Tram untuk mereka yang malas berjalan. RM 5 sekepala .. Ada juga basikal dan buggy ( basikal couple berpayung ).. Taknak mak susah jadi amik yang paling mudah je..

 So, dah habis , terus kami balik hotel. Malam pula g jalan ke Dungun. Tupon sebab ada member sanggup bawa. Sangat terharu.. Terima kasih yep.. Gi Dungun dapat jumpa my lovely kembar yang baru jer sebulan kawin, Nadea Hazmi.. Berseri -seri orangnya. ehem.. Cik Tirah nak amik aura di la sebab tu nak g jumpa dia..hihi... dari Kuala Terengganu ke Dungun lebih kurang sejam 15 minit jugalah...

So, sembang punya sembang pukul 12 lebih baru kami gerak balik. Jumpa sekejap je sambil makan-makan tapi sangat puas hati sebab terubat rindu kat member...

20 OKTOBER 2014

Finally, dah sampai hari last. Sekejap jer rasa dok kat Terengganu ni tapi dapat rasa duit mengalir selaju-lajunya...hihi.. Deras sungguh ... Takpe bukan selalu lagipon..

Hari ni janji dengan membe lain pula nak jumpa kat airport.. Pagi-pagi dah mesej dia btaw dah gerak ke airport segala bagai. Tapi flight jam 1.10 petang. Check out hotel jam 9.00 pagi sebab cadang nak g Pasar Payang lagi. Cari barang lagi..So, around jam 11.30 pagi, baru lah Kak Imah hantar ke airport.. Masa nak g ni start risau sebab rasa luggage lebih.. Beli 25 kg je tapi barang banyak pula..


1 beg toli 20 inci, 1 beg troli 18 inci, 2 kotak ( 1 kotak 5kg, dan satu lagi 7.5 kg), beg cebek 2 dan beg pack satu.. Total 7. Jom jadi superman..hihi.. Memang x bagi mak urus pon sebab dia dah berusia , so Tirah la uruskan semua.. angkat beg berat berat..hahaha..

As expected, overweight !!! Time tu agak panik. Apa patut buat..Tapi salute sangat dengan staf Air Asia airport Kuala Terengganu sebab dia sangat membantu . Dia bagi cadangan siap apa nak kena buang means bawa ke atas flight la.. So mula- mula timbang 27 kg ( beg troli 20 inci dan 2 kotak je). Bila lebih, keluarkan barang dan berat jadi 24 kg.. So rasa lega sikit. But terfikir lagi. Masa kat balai pelepasan takut kena tahan pula sebab memang komepem rasa beg pack ,peg troli 18 inci tu berat lebih dari 7 kg. So, minta mak pegang peg torli tu dengan satu beg cepek.. Mak 2 barang dan saya 2 barang. Alhamdulillah lepas.. Suruh mak je masuk dulu sebab mebe masa tu x datang lagi..



Hati gelisah takut lambat masuk nanti x dapat masuk flight pula sebab selalu baca staf Air Asia ni strict juga. 

Tunggu punya tunggu , pukul 12.40 tengah hari membe pon smpai. Lega sangat sebab staf Air Asia kata last masuk pukul 12.50 tengah hari. So, sempatlah jumpa dan bersembang.. So, 2nd mission accomplished..

Finally , selamat tiba kat KLIA 2 dan terus bergerak amik bas ke TBS sebab esokknya dah start keja.. So, terus activate mood kerja..


So, tamatlah percutian kedua tahun ni Tirah dan emak ke Terengganu. Kali pertama masa bulan 3 ke Brunei . Nanti Tirah share pasal tu pula k..


Kesimpulannya, 

  1. if sesapa berminat ke Redang, sila pilih tarikh yang sesuai iaitu pada bulan 3 hingga bulan 8.. Bulan yang lain-lain tu x sesuai sebab laut bergelora So, snorkelling xdibenarkan sebab merbahaya,...
  2. better korang drive kalau nak berjalan ke sekitar Terengganu. Guna GPS je. Rugi juga if ada tourist guide sebab segan dan korang leh jalan tempat lain if korang sewa kereta je.
  3. terdapat banyak resort kat Pulau Redang . yang paling mencukupi kemudahanya dan selesa sebenarnya adalah Laguna Resort tetapi harga mahal. Ambil resort lain pon ok juga sebab korang nak berehat jer..
  4. Sila bawa kamera kalis air supaya leh tangkap pic yang cantik kat dasar laut.
  5. Jamgan bawa banyak baju ke Pulau Redang sebab korang boleh jer basuh. ada ampaian disediakan tetapi basuh tangan jela .hihih. 
sekian... Jumpa nanti bila kerajinan tu datang semula. Next trip yang dah beli tiket flight ialah ke Penang Januari 2015 bersama geng klinik yang digelar,  Food Warriors. So, see u all ..