Assalamualaikum WBT ..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi Allah SWT. Sudah lama tidak menaip terasa pelik juga tetapi tetiba hati terusik nak kembali menulis semula .
Itu pon sebab beberapa hari lepas bersama dengan geng jemah saya dok main cari nama kat google search taw nak tengok keluar tak gambar kita and suprisely kita boleh nampak gambar kita kat situ . Dulu sis ni pula main update je gambar yang nampak aurat so sis bertindak membuka semula akaun akaun yang dah lama tidak aktif untuk padam entri entri tersebut. Tidak lah banyak cuma risau andai satu hari ditarik nyawa, masih ada lagi gambar sis ke tidak menutup aurat dan orang lain pula dapat tengok. Pahala sis tidak banyak jadi mana yang sis boleh bantu untuk kurangkan dosa , baik lah sis applykan.
Rasa syukur sangat sebab Allah SWT gerakkan hati geng jemah buat camtu sebab sis tidak pernah tahu gambar kita boleh dijumpai di GOOGLE hanya dengan memasukkan nama kita di social media. Mungkin kalian patut cuba dan padam mana mana gambar yang dirasakan tidak bersesuaian.
Sekarang nak cerita sikit perkembangan sis yang terkini boleh tak ? Alhamdulilllah pada usia 27 tahun sis dah selamat bekerja dalam bidang kakitangan kerajaan selama 5 tahun . Rezeki Allah Swt bagi lagi bila diterima tawaran untuk sambung belajar. Memang bila awal kerja rasa nak sambung terus tapi masa tu dengan kewangan yang tidak stabil sis tak berani amik risiko Target nak belajar sampai PHD . minta korang doakan taw ..
So , hari ni pon dah masuk 28 ramadan . Sis nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sudi membaca . Kepada yang mengenali sis , boleh la datang berziarah ke rumah . No tepon kalau hilang pm sis kat facebook sis ye iaitu ATHIRAH TREX .
InsyaAllah sehingga bertemu kembali ..
Athirah Trex