Salam sejahtera..
Di saat saya tulis pasal entri ni , saya dah pon tercampak kat negeri Kedah Darul Aman..waa..jauh taw merantau.Dari selatan ke Utara..Buat apa saya kat Kedah? Hah teka2 la...
Melancong ????
tet!! salah~!..
Pergi uma kawan ???
tet !!! salah lagi..
Kan da cakap b4 ni, saya kena campak utk prktikal la...praktikal di bahagian psikiatri..Okey bukan org gila ok..Tapi pesakit mental.. Lau sebut org gile tu mcam teruk sgt jer bunyinya.
Sekarang dah masuk minggu ke-2..Nak cerita sikit la pengalaman bersama pesakit2 mental ni..
1 st day bila sampai jerk kat department, terkejut..~!
Kenapa??cuba teka la...
rupa-rupanya ada 4 lagi pelajar UiTM yg akan berprktikal bersama kami..Masa tu dah start risau sebab bilangan pesakit yg sedikit menyusahkan untuk memilih pesakit yang sesuai untuk dibuat sebagai case study yang perlu dibentangkan pada minggu hadapan di hadapan terapis2..
Bila dah pukul 8 lebih sikit , start la pesakit datang ke unit Pemulihan Carakerja..Budak2 UiTM x pernah lagi deal dengan patient psy, jd dorang agak takut dan menjauhkan diri..
Dlam banyak2 pesakit, ada la seorang pesakit ini. datang punyalah ramah.Tegur dan berjabat tangan dengan kakitangan lelaki yang ada di situ..Pastu sibuk lak nyanyi2x dengan suara yang kuat sehingga kedengaran satu tempat kami tu..Nama dia saya gelar pak cik A jela..senang nak rujuk~
Pak Cik A nie..komunikasi dengan orang memang ok la bila saya perhatikan tapi dalam ok2 dia ni ada juga yang x ok..Dia ckap benda yang x patut cakap..tettt!! SENSOR!! Itulah peranan saya sebagai Jurupulih Carakerja untuk memastikan fikiran pesakit dalam keadaan terkwal.. Tapi benda2 gtu, boleh lak dorg terpikir kan?*ni mesti yang berlegar2 kat fikiran korg kan? Actually, FYI , pesakit psikiatri biasanya akan mempunyai high libido (nafsu) jadi bila kite nak berhadapan atau berbual dengan pesakit yang ada sejarah mental, pastikan yang perempuan x memegang tangan lelaki dan sebaliknya * lgpon dalam Islam pon memg x leh kan~! HARAM!!!
Kiranya jaga batas pergaulan sesama kita la..
Untuk kita kawal pesakit macam ni , kite kena bertindak tegas dengan dia.Kalau tidak ,patient x putus2 membuat kecoh dan berkata perkara yang tidak sepatutnya. Jangan dilayan imaginasi mereka itu..Tapi dalam kite bertindak , jangan lupa yang kita berhadapan dengan pedakit OKU (mental). Berdosa sekiranya sampai kita menganiayai mereka. INGAT!!!
Seterusnya pesakit yang berlainan pula yang digelar En N. Muda lagi. Lebih kurang 20 ++ atau 30 ++..
Pesakit ini merupakan pesakit bipolar mood disorder iaitu mempunyai mood yang tidak tetap dan berubah2.
Pesakit ini mengaku dirinya merupakan wali Tuhan dan mempunyai kekuasaan ajaib. Lau ikut term medikal, kite panggil delusion of grandeur..Lau nak taw, maksud yer, patient merasa dirinya hebat dan mempunyai kelebihan2 yang berlainan dari kita. Namun begitu, pesakit ini mudah memberikan kerjasama apabila diajukan soalan oleh para doktor dan pelatih. Mengikut sejarah yang dinyatakan doktor, pesakit dimasukkan ke dalam wad kerana 2 3 hari sebelum dimasukkan , pesakit memakai jubah beserta serban dan kelihatan berlegar2 di hadapan unit rawatan carakerja. Doktor mengatakan pesakit tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat sebelum dimasukkan
ok cerita tentang pesakit lain, saya sambung lain kali la pula.
Khas utk pembaca yang ,membaca, jangan lupa untuk mengoogle tentang penyakit bipolar mood disorder dan schizophrenia..itu antara contoh2 kondisi dalam penyakit mental..
Ketemu lagi lain kali ya~
Adios~
wassalam
With Love,
T-rex '12
1 comments:
wah seronok taw pengalaman baru
Post a Comment