2 July 2013

Jurupulih Perubatan Carakerja 2013



Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah setelah menganggur hampir 6 bulan, akhirnya Tirah dah dipanggil kerja pada 10 Jun 2013. Tirah sekarang dah ditempatkan di Klinik Kesihatan Batu Pahat di Unit Rehabilitasi sebagai seorang Jurupulih perubatan Carakerja  * bukan Fisioterapi taw. Kami berbeza.

Erm kat mana-mana pon pasti ramai lagi yang masih belum mengenali kos Tirah yang baru suam-suam kuku nak mencipta nama . Masih banyak rasanya Tirah kena buat nak perbetulkan tanggapan orang tentang perbezaan antara 2 kos ni. Macam-macam nama kami dapat even nama pekerjaan kami lain. Ada pesakit yang panggil kami ni Cikgu la..Doktor la dan ada juga yang gelar kami ni Fisioterapi. Mana yang bergelar pesakit di hospital mungkin lebih mengenali kami berbanding mereka yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan. 

Takpelah. Untuk isu akan datang, nanti Tirah terangkan lebih lanjut tentang apa sebenarnya kerja kami ni. Dulu dah pernah buat tentang tajuk yang sama tapi belum mendalam. Sekarang dah bekerja jadi Tirah lebih faham dan mudah untuk terangkan kepada orang ramai. Lau nak tahu, nantikan entri Tirah yang seterusnya. InsyaAllah akan menyusul dalam minggu ni atau minggu depan.

Setakat ni perkembangan Tirah. Esok nak kena buat lawatan di Pusat Dalam Komuniti dan kena hadiri mesyuarat. Kang Tirah mengantuk pula. Korang doakan Tirah dapat bekerja dengan elok dan gaji diberkati Allah SWT.. * yang paling PENTING ...

UNIT REHABILITASI KK BATU PAHAT



BILIK RAWATAN PESAKIT 

ALAT RAWATAN UNTUK FINE MOTOR SKILLS



ALAT RAWATAN UNTUK ADL 



Nak tahu lebih lanjut, nantikan entri seterusnya.

0 comments:

Post a Comment