26 February 2012

Orang Bangladesh ?? Relevan ka?

Aiya kapten . . 
Finally, sekarang saya dah sampai ke minggu terakhir untuk praktikal di di bahagain psikiatri . .
Feeling ? ? of course la gembira kerana letih sangat . .

Hah apa kena mengena erk tajuk entri kali nie ? ? macam pelik kan tetapi itu la realiti . . sebenarnya ini berkaitan dengan seorang pesakit psikiatri yang mengatakan saya macam orang Bangladesh . Ada ke patut ??
Tapi ini xda kena mengena dengan warna kulit ok . . saya kulit cerah , xda la gelap kan~ 

Idea pesakit itu berkata begitu adalah kerana hidung saya . Dia kata hidung saya mancung macam Bangladesh .Aiyo...padahal hidung sama jer dengan orang lain . . .Dua lubang  . . .xda penambahan lubang lain kan ??

hah yang tu satu kes . ada lagi satu kes.. Ada la seorang pesakit ini. kite gelar dia EN AB jela. senang cket nak cter. .En Ab ni selalu datang department . . Rutin dia bila da datang, selalunya dia akan pergi ke radio dan kuatkan volume . .Uish maw pekak telinga dia pergi kuatkan . .terganggu keja org lain . .
pastu dok sibuk dok dengan saya dan dok tenung. blushing muka kot kena tenung lama2x..dia egat saya nie apa la tu~..
Pastu kadang yang x leh blah dia giat kata pasal hidung juga . .Hari ni pula dia dok baca doa . katakan doa supaya saya gila bayang kat dia . Pakcik AB please la. saya ni muda lagi . . pakcik da la jenis aktif. selalu nak bersilat kat tengah2 kawasan lapang department . . attention seeking o ! !

sekarang, seriusly sangat takut bila dia datang dekat . .  bukan xda tempat lain yg leh pergi saja jer dok depan saya. Jantung saya ni punyalah berdebar takut diapa2kan kerana pernah ada pengalaman terkena. . td pon dia sbuk dok diri belakang. habis kena marah dgn saya kot. .yelah selalu x paham bahasa . .padahal aku guna bahasa Melayu tulen . . .even aku ni mat salleh. . . hahah persanxblehblah ***

Apa2 pon nasihat saya kepada semua yang ada kaitan dalam merwat pesakit sebegini, kite kena redha banyak kadang dengan dorg . Tapi kalau nak cakap dengan dorg kadang kena firm @ tegas . Kalau x, ada la yg x dgr arahan. . . Sometimes they will make us felt annoying but sometimes thier behavior make us laugh non stop whenever we think about it . .

Yang paling penting, kite kena bagi nasihat berunsur keagamaan pada mereka . Bukan nak tunjuk kite ni kuat agama  tapi dorang kadangkala mula goyah kepercayaan kepada Allah apabila diuji sedemikian . . . Ada yang akan meragui kewujudan Allah SWT juga jadi kite sebagai rakan sesama islam, kena la elakkan perkara sedemikian terjadi . .

Semoga Allah sentiasa melindungi mereka . .
Semoga Allah menjadikan hati kita tabah untuk berhadapan dengan mereka . .
Semoga mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa . . .

InsyaAllah . . 


0 comments:

Post a Comment